Friday, 23 October 2020

HIDUP TAK SELALU SEPERTI YANG KITA INGINKAN

AKU......apa yang aku inginkan?....telah aku pelajari dalam hidup ini....tidak semua yang berlaku mengikut angan-anganku.....mengikut apa yang  aku harapkan....mengikut apa yang aku rancangkan....kerana dalam hidup ini, banyak perkara bukan dalam kawalan kita...

Life doesn't always go the way you want it. 

video kat bawah ni pulak macam xde kaitan je dgn tajuk tapi aku setuju satu ayat dalam video ni..kita baik sebab Allah tutup aib kita...mana ada org betul-betul sempurna..jadi ingatan buat diri sendiri, jangan suka sangat melihat kesalahan org lain..kita pun ada dosa tp Allah yang ttp...part yang last tu pulak, aku still rasa sebenarnya hanya kita yang boleh ubah diri kita untuk jadi lebih baik, kalau kita ni dah mencapai usia matang, sebenarnya kita yang kene ubah sendiri....orang lain hanya boleh bagi nasihat dan sokongan.


https://youtu.be/ApzkCMDWOag



Tuesday, 21 July 2020

NOBODY CAN REALLY GUARANTEE IN THE FUTURE

Haiiii...assalamualaikum....

Dah bertahun rasanya tinggalkan blog ni...hari ni rasa nak menulis pulak....sebenarnya petang tadi aku baru dapat tahu ada seorang kawan aku dah bercerai....serius sedih la bila dapat tahu sbb sepanjang aku kenal kawan aku tu, dia seorang yang menghormati orang lain dan sopan santun orangnya....daripada sumber yang aku perolehi, puncanya suami suke main game sampai tak hiraukan anak.....jadi bila  tengah bergaduh pasal game tu, terlafazlah cerai....

Sebenarnya aku tak suka nak bercerita pasal rumah tangga orang lain..sebab aku sendiri pun tak tahu masa depan aku camne...kita x penah tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita walaupun esok hari, walaupun sesaat lepas ni....jadi bagi aku lebih baik kita jangan cakap lebih-lebih..

Bila aku tengok kehidupan orang yang zahirnya nampak bahagia,  kadang-kadang terdetik dalam hati aku,bestnya jadi dia.....eh, aku x bahagia ke???taklah, sebenarnya aku ok je, aku rasa hidup aku ni ok je...masalah mmg ada..tp terlalulah banyak juga nikmat yang Allah bagi untuk aku syukuri...cuma biasa manusia, sukakan nak compare hidup dgn org lain..kadang2 tgk orang lain, macam senang je hidup, xde benda nak fikir, partner ok, family ok, sume ok..tapi tula silap kita, ntah-ntah org lain masalah lagi besar dari kita, tapi dia pandai sembunyikan..dan kita pun tak tahu hidup masing-masing pada  masa hadapan..kita xtahu apa ujian untuk dia dan kita ....jadi aku ajar diri aku, bila aku melihat kebahagian orang lain , aku berdoa semoga Allah memberikan kebahagian yang sama untuk aku dan ahli keluarga aku....kebahagian ahli keluarga kita pun kebahagian kita jugakan....bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri terasa..camtula aku pun...kalo adik-adik aku ada masalah, aku pun rasa sedih....tapi kita pun kena selalu tgk org dibawah kita supaya kita selalu bersyukur...

Sebenarnya dalam hidup aku ni selama beberapa tahun ni, banyak jugalah air mata yang tumpah...acece...ibarat lepas hadap satu benda, benda lain lak yang datang...tapi xdelah nak tumpahkan air mata tu depan sume orang pulak..dgn org tertentu je tertumpahnya air mata..acece...tp bak kata pepatah menangislah dalam hujan supaya tiada orang melihat air mata mu...haa lebih kurang gitueee...sbb sebenarnya setiap org pun ada hal sendiri nk kene settle, nk kene jaga...jd masalah ni kadang-kadang lebih baik simpan sendiri, tapi mestilah pandai memujuk diri, kalo x, bole gile tau...bahasa sopan skit depressss....


Aku rasa aku dari kecik memang jenis independent, jadi kalo jumpa org yang aku boleh bermanja, mmg aku sukalah....hihi...aku rasa semua gadis2 pun suka bermanja...yg membezakan ada tempat bermanja ke tak..haha..ada partner x semestinya ada tempat bermanja tau.....xde partner xsemestinya xleh bermanja...boleh je bermanja...manjakan diri sendiri gituwwwwww.....aka reward diri sendiri...haaa bahagia tu kdg2 kita yang cipta tau...

Sebenarnya aku cuma nak cakap yang hidup ni tak boleh diramal...kita hanya boleh merancang... nobody can really  guarantee in the future...mungkin bahagia datang tanpa kita sangka...mungkin sebaliknya, sbb tu kene ingtkan diri jangan sombong ..plus xde apa yang nak disombongkan pun....tp kita doa jela semoga semuanya baik-baik saja...

Aku pun  selalu doa untuk bahagia sbb sebenarnya bila seseorang anak dalam kesusahan, orang yang paling terkesan ialah seorang ibu atau mungkin ayah...aku nak bahagia untuk ibu aku...supaya dia tak perlu merisaukan aku atau merasa sedih tentang aku...cukup-cukuplah dengan apa yang dah berlaku.....aku tak nak ibu aku risau pasal aku pulak....sbb tu aku perlu hidup dengan baik.....

SEKIAN, TERIMA KASIH.






HIDUP TAK SELALU SEPERTI YANG KITA INGINKAN

AKU......apa yang aku inginkan?....telah aku pelajari dalam hidup ini....tidak semua yang berlaku mengikut angan-anganku.....mengikut apa ya...