Friday, 30 November 2018

ADA APA DENGAN CINTA?

CINTA?Topik hari ni pulak pasal CINTA..yang membahagiakan tetapi juga menyengsarakan....yang menyembuhkan tetapi juga melukakan.....yang dimiliki tetapi boleh juga kehilangan...aisehhhh

Dulu masa aku dalam umur, 25 atau 26 tahun, aku pun dah lupa...aku pernahlah argue pasal cinta dan perkahwinan dengan seorang pak cik hensem ni...memang hensem pun pak cik tu..hikhik....aku kata nak kahwin dengan seseorang mesti ada perasaan CINTA, camne nak hidup bersama kalau tak ada perasaan CINTA....pak cik hensem tu tak bersetuju dengan aku...dia bagilah hujahnya...salah satu yang aku ingat pak cik hensem tu bagitahu perangai sebenar hanya tahu lepas kahwin je iaitu bila dah duduk satu bumbung..dan CINTA  boleh dipupuk....selepas berkahwin , perasaan CINTA boleh hilang dan juga boleh bertambah.....makin mekar mewangi atau layu menunggu gugur...aiseh...

Sekarang yesss, aku setuju dengan pendapat pak cik hensem tu.....ADA APA DENGAN CINTA?Just satu perasaan yang tidak ada guna kalau tidak hadir bersama akhlak dan tanggungjawab. Itu pendapat akulah...mungkin tak sama pendapat dengan korang....

Aku ni bukan muda lagi...tapi single lagi..hukhuk..nasib baik muka ala2 budak U..U-turn..hahaa..disebabkan aku bukan muda lagi, jadi aku berkesempatanlah memerhati kehidupan orang lain yang berumah tangga....sekadar yang aku nampak, memerhati ..dan sekadar yang aku dengar ....

Ada pasangan yang bahagia...aku tengok kat fb je..hahaha...upload gambar berpegangan tangan, kata-kata romantis, ucapan sweet to each other...nampak family yang betul-betul bahagia...tak ada masalah ke..tak mungkinkan....setiap orang mesti ada masalah...cume kalau dianugerahi JODOH yang baik, itu bagi aku salah satu nikmat yang terbesar yang tak semua orang miliki...sebab aku lihat disekeliling aku, ada yang diuji dengan pasangan yang alahaiiii..tak nak muhasabah diri, tak nak ubah diri jadi lebih baik...ya, tak ada orang sempurna dan 100% baik kat dunia ni..hanya Nabi je yang maksum, tapi tu tak bermakna u just do nothing....dah kawen hidup dah tak boleh  cam bujang dlu...nak tido tak nak bangun2..malas nak berusaha utk kebahagian rumah tangga (malas masak, malas nak buat kerja sama-sama, malas nak tolong isteri)...tak boleh...sebab dah ada tanggungjawab ...bukan sekadar lafaz i love u je...

"Janganlah memilih sangat,"ada mak cik ni cakap kat aku beberapa hari lepas....aku sengih je..hahaha..."Bukan memilih tapi tak dipilih mak cik" jawab dalam hati weiii...hahaha

Sebenarnya hari ni..salah seorang kawan aku nikah...crush ke...haha..lebih kuranglah..malu pulak rasa ...mamat ni  dia suka cuci toilet, suke pegi pasar, boleh masak simple-simple dan bagi aku  dia   seorg yg baik la....mamat ni dlm kategori berkerjaya la senang cite, tapi boleh je cuci toilet... Tp kita ni yg x bape bekerjaya ni,  cuci toilet pun tak nak😅 ....heyy orang kaya pun berus toilet....aku bukan nak cakap pasal harta kekayaan, tapi pasal sikap..eh, tetiba😅...bagi aku dalam rumah tangga kene ada sikap saling membantu....ada yang aku  tengok  isteri uruskan semua benda.. hal kewangan hal anak-anak dan hal-hal dalam rumah ...suami banyak tidur dan tengok tv (kerja pun xdela rajin sngt)....apalah salahnya ringankan beban...tolong iron baju ke, jemur  baju ke....tu je aku nak cakap...sebenarnya semua ni adalah COMMON SENSE..common sense ni kene sentiasa ada, bukan dalam rumah tangga je...kat mana-mana pun kita berada ok.....jadi gadis  yang kawen dgn crush aku tu, untunglah...dahlah baik , suke cuci toilet pulak...hahaha..melepas aku...ok gurau je k...diulangi bergurau..just melihat perbezaan sikap manusia yg aku pernah jumpa...

Aku tak tahu aku pun akan dapat JODOH macam mana..minta Allah kurniakan jodoh yang baik...dan jadikan aku juga yg terbaik... Sebab aku  sendiri pun banyak kekurangan..huhuhu... kita ni manusia senang nampak kesalahan org lain...tp x nampak kelemahan dr sendiri...tu yg aku takut jgk...takut perangai aku sndr lg teruk....

Sebenarnya sama ada single atau married, sume ada masalah....ujian hidup masing²...

Cume itulah..pada pendapat aku...CINTA tak boleh berdiri dengan sendiri tanpa akhlak dan tanggungjawab.....perkahwinan ialah kebahagian yang memerlukan pengorbanan...

CIRI -CIRI LELAKI IDAMAN AKU (poyo tak)
1. Solat lima waktu
2. Berpuasa di bulan Ramadhan
3. Mengeluarkan zakat
Eh, dah macam rukun islam plak..hehe
4. Tidak suka mengeluarkan kata-kata makian (stress dengar orang mencarut cam ba alif ba ya, bodoh, dan seangkatan dengannya)
5. Boleh bangun pagi ( sebab aku susah bangun pagi, boleh tlg kejut..hahaha)
6. Suke bersedekah
7.Pandai berenang (aku pun tak tahu kenapa padahal aku pun tak reti berenang...hahaha..aku rasa cool kot)
8. Humble
9. Hormat orang tua ( for surelah sebab mak ayah kita pun dah tua kan)
10. Berkata hikmah
11. Pemaaf
12. Ada COMMON SENSE
13. Wangi
14. Romantik
15. Berusaha

Ada suatu pagi ni, hari cuti...aku bangun je dari tidur...senang cite, celik je mata,terus teringat kat seseorang...rasa hidup kosong je..hukhuk...capai hp, buka fb, nampak gambar Ronaldo (CR7)...sebaya dengan aku mamat ni...lalu aku berdoa dalam hati..."Ya Allah berilah hidayah supaya Ronaldo masuk islam...okla, sikit info pasal Ronaldo...Ronaldo ni  tak ada tatoo, tak minum alkohol dan tak merokok ok...Ronaldo tak buat tatoo sebab dia nak menderma darah...cool kan?hehehe..eh pasal Ronaldo pulak...ok smbg topik kita...

Siapa yang dapat jodoh yang baik, banyak2 bersyukur ye....tiada orang yang sempurna termasuklah diri kita sendiri.....kalau dah jumpa org yang  sayang dan boleh menerima kita seadannya , banyak-banyaklah bersyukur.....sebab ada yang diuji dengan jodoh ok....bagi aku perkahwinan tidak semudah akad nikah....betul tak yang dah berkahwin tu?ce komen...hehe

Sebenarnya aku agak bosan..tu yang menulis bagai...rasa merapu je banyak...hahaha..layankan jela...akhir kata, kalau ia tidak menjadikan kamu lebih baik, ia bukan cinta ok....







Thursday, 29 November 2018

ANAK

Anak? Ya, topik aku kali ialah ANAK......

SITUASI A
Sepasang suami isteri yang dah 8 tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak.Apabila dirujuk kepada doktor , kedua-dua pasangan tidak mempunyai apa-apa masalah kesuburan.

SITUASI B
Berkahwin pada usia 38 tahun dan kemudian dianugerahkan anak kembar.

SITUASI C
Mendapat anak yang sihat dan sempurna setelah 20 tahun berkahwin pada usia 42 tahun.

SITUASI D
Anak syurga.....diuji dengan kematian anak 
Aku pernah terbaca dalam BH online pada tahun 2107  dimana keempat-empat anak meninggal kerana penyakit jantung.Tapi aku tak sertakan link kat sini. Korang boleh google sendiri.
Ada juga ibu atau bapa yang umur lebih panjang daripada anak...seperti anak meninggal ketika berumur 40, sedangkan ibubapa masih hidup sehingga umur 70.

SITUASI E
Anak ramai tapi ibu/bapa  diabaikan atau dihantar  ke rumah orang tua. Boleh baca dimana-mana blog.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bapa-dakwa-diabaikan-tujuh-anak-1.349073
https://www.hmetro.com.my/node/130699
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenangkan-lapan-anak-ayah-rela-dicabut-nyawa-1.539577

SITUASI F
Dikurniakan anak tapi mengadap Pencipta disaat anak-anak masih lagi kecil.


Sebenarnya,soal anak ni sangat sensitif...boleh buat perempuan menangis tau...kenapa aku membicarakan soal anak kali ni, sebab aku pernah dengar cakap-cakap yang tidak sedap didengar oleh orang yang mungkin lebih bernasib baik.....

"Itulah, dah berapa lama kahwin tapi tak dapat anak, umur dah makin meningkat"nada sinis ok..bila kita bercakap dengan seseorang nada sangatlah penting...kadang-kadang kita tidak bermaksud untuk melukakan hati sesiapa...tapi salah pada nada percakapan.
"Lambat kahwin , nanti susah dapat anak"
"Lambat kahwin, nanti nak dapat anak banyak masalah"

Aku pernah terdengar perbualan seorang kakak dengan maknya, tak nak balik kampung mertua sebab orang asyik tanya pasal anak je...bila dia dan pasangan pun berusaha untuk dapatkan anak, sudah tentulah soalan itu  buat dia rasa down.
Ada juga kawan aku ni pernah bagitahu dia boleh menangis tengok anak kecil dalam kereta orang lain hanya kerana dia benar-benar teringinkan zuriat.
Dan ada kawan aku yang  nak berkahwin, katanya teringin sangat ada anak, tapi jodoh belum sampai.


Prinsip aku, yang bercakap itu manusia sedangkan dia sendiri pun tidak berkuasa dalam hidupnya. Dia tidak tahu malah tidak berkuasa tentang masa depan hidupnya sendiri. Jadi,jangan bergantung pada kata-kata manusia, bergantung pada kuasa Tuhan...

Bagi yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak...jangan berputus asa..kisah dalam SITUASI C di atas adalah kisah benar yang berlaku pada kawan aku sendiri. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah...tidak ada yang mampu menghalang jika Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang. Bacalah juga kisah Nabi Zakaria yang mendapat anak pada usia yang sudah tua.

Begitu juga yang berkahwin lambat, tak usah risau...ramai pasangan yang diuji dengan ketiadaan zuriat walaupun berkahwin awal dan sudah berusaha dengan pelbagai cara...kerana anak ialah rezeki yang dikurniakan oleh Allah tetapi Allah anugerahkan pula pasangan yang sangat menyenangkan hati dan memahami...kita manusia hanya mampu berusaha...

Tapi ada yang berkahwin lambat tapi Allah mudahkan rezeki anak....Ada  juga yang Allah kurniakan anak kemudian diuji dengan kematian anak...Ada yang anak ramai, tapi bila tua tiada pun yang mampu menjaga ibubapa yang sudah tua.....ada yang terlalu risau takut nanti bila tua tidak ada anak yang boleh jaga..boleh rujuk situasi  E dan F ok...Tidak semestinya bila anak ramai, satu jaminan untuk menjaga ibu atau bapa bila dah tua...dan kita mungkin sudah meninggal dunia sebelum sempat tua.....

Setiap orang mempunyai ujian hidup masing-masing.Kita jadikan pengajaran supaya kata-kata kita menjadi hikmah buat orang lain. Apa jua kelebihan yang ada pada kita, adalah kepunyaan  Allah.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang diberi, hanya dalam sekelip mata je boleh hilang.Jangan sombong dan sentiasalah bersyukur. Doakan juga kebahagian orang lain.

SERAHKAN MASA DEPAN MU PADA KUASA TUHAN BUKAN PADA KATA-KATA MANUSIA....BUATLAH KEBAIKAN DAN BIARLAH TUHAN YANG MEMBALAS...PERBAIKI DIRI SUPAYA KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK..MAAFKANLAH KERANA KITA JUGA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN...aisehhhh

KEPADA ALLAH JUA TEMPAT KITA BERGANTUNG HARAP.....


Wednesday, 28 November 2018

CYST??

Assalamualaikum.....

Bosan betul hari ni,  jadi aku rasa nak share sesuatu la..pasal cyst...CYST? Biasa dengarkan zaman sekarang ni...budak-budak muda, umur masih belasan pun dah ada yang kene cyst ni....tapi still jugak ramai yang tak tahu terutamanya lelaki....aku pun selama ni buat tak tahu je, tak pernah terfikir pun akan ada cyst dalam perut aku yang cute ni...hahaha

Kisahnya bermula cam ni, pada 26/9/2018..aku rasa sakit perut sangat dan muntah tiga kali kot.......jadi pagi tu aku tidur jela sebab memang tak larat...aku tak pergi kerja, ambil cuti hari tu...dah tengah hari, aku rasa ok sikit...masih sakit perut tapi dah stop muntah dan dah boleh bangun..buat kerja sikit-skit..tak delah terbaring je kan macam pagi tadi...Aku tak fikir apa-apa yang serius pun, aku fikir angin je kot...sebenarnya bulan 7 hari tu, aku adalah rasa sakit perut selama 2  minggu tapi dalam skala kecil je...boleh pergi kerja,ke sana ke mari, bergembira...tapi sebab sakit tu berterusan selama 2 minggu, aku pergi la klinik jugak...bila doktor tanya, semua ok..period teratur, tekanan darah ok dan  tak ada apa-apa masalah lain..doktor chek perut, tekan-tekan..dia kata angin....doktor bagi ubat angin dan sakit perut.Sebenarnya aku pun masih lagi sakit perut walau pun dah makan ubat-ubat tu ...kawan aku pulak suggest minum air barli...jadi aku pun buatlah air barli, Alhamdulillah lepas tu, sakit perut aku pun hilang dan aku pun meneruskan hidup dengan gembira dan juga beronak berliku ni macam biasa....aisehhhhhhh....

Jadi aku fikir kali ni pun sama jela angin je kot...tapi sakit perut aku berterusan sampailah pagi esoknya......rasa tak sedap hati pulak...jadi aku pergi la klinik lain plak...kali ni, doktor scan la perut aku yg seksisss ni..acecece..gurau je....jeng jeng...."ada cyst la, besar ni, 6x5 cm", itulah ayat doktor...mula-mula aku rasa cam tak caya je...aku sihat je kot selama ni..tapi doktor tu tunjuklah kat aku kat skrin scanner tu..rasa nak nangis okey.."camne ni doktor, kene operate ke?" aku dah cuak dah masa tu...doktor tu jawab yela kene operate ...uwaaaa....doktor buat surat untuk aku refer ke hospital dan dia tak bagi apa-apa ubat ..doktor kata memang dia tak bagi ubat..sebab ubat sakit perut aku ni operate jela ....hukhukhuk

Jadi petang tu aku terus datang ke Hospital Pusrawi, tapi doktor pakar tak ada..kene datang esoknya....buat appointment jela untuk jumpa doktor esok....

Esoknya, iaitu pada tarikh 28/10/2018...pergilah aku ke Hospital Pusrawi...aku terus bawa beg baju tau...kawan aku yang  pesan bawa baju siap-siap, takut terus kene warded sebab cyst tu dah besar...bila masuk jumpa doktor pakar,  doktor pun scan la...aku memang x tengokla kat skrin scanner tu..aku takut...nnt terbayang-bayang ada benda dalam perut...tapi muka doktor serius kot ...dan ayat yang keluar dari mulut dia "besar ni cyst u" uwaaaa..tak tahu apa aku nak rasa dah...risau, takut,..yang paling best,masa tengah scan doktor suruh nurse off aircond, sebab aku ketar masa tu...sejuk weiiii...seperti yang dijangka, doktor suruh masuk wad teruslah...doktor beritahu mula-mula kene  buat ujian CT Scan dulu la ..baru boleh decide treatment apa nak buat .aku masa tu dah terbayang seluruh badan masuk dalam mesin tu..yang biasa tengok kat tv tu...

Dah settle urusan insurance sume, aku terus masuk wad la malam tu...agent insurance aku ni mmg bagus...aku pgg dia abe sobri...memang recommended la...nak tahu siapa dia leh kontek aku....hihi...

Bermulalah kehidupan aku kali pertama masuk wad ....first time ok..aku ni dah 30an, muka je cam 20an...hahaha...sori perasan jap.....pada 29/10/2018..aku ditolak dengan wheel chair ke bilik CT scan...aku siap tanya nurse, saya jalan sendiri je ..tak boleh ke? nurse tu cakap tak boleh...tu procedure..nnt dia kene marah ..huhu...sebelum aku msk dalam bilik CT Scan  tu,nurse explain la beberapa perkara, tanya beberapa perkara dan kene tanda tangan borang persetujuan  untuk menjalani ujian CT Scan...sebelum tu, aku kene minum sejenis minuman khas ni..satu jag tau warna oren..aku rasa flavor oren la kot sbb rs cam oren2 skit..fungsinya nak bagi kaler  pada image scan nnt...jadi struktur dalaman dapat dilihat dengan lebih jelas.....


Ha...kat atas tu la mesin CT Scan..Bagi aku produre ujian CT Scan ni memangla kurang menyelesakan...tapi sabar jela apa nak buat....kenapa tak selesa , malas pulak nak cerita panjang-panjang..adalah procedure yg aku rasa kurang menyelesakan..siapa pernah menjalani ujian CT Scan, dia tahulah....aku  memang tak sabar nak cepat habis masa masuk mesin tu..masa tu betul-betul rasa macam orang sakit..lama jugak tau scan tu, keluar masuk mesin tu bape kali....bukan sekali scan je tau terus siap.....ada rasa nak muntah, nak buang air  dan badan aku menggeletar sebab dalam bilik tu memang sejuk okey....bilik dengan mesin perubatan  memang biasalah bersuhu rendah...untuk mengelakkan pembiakan bakteria..kalau ikut logiklahkan...hehe....aku harap inilah kali terakhir aku masuk dalam mesin CT scan ni...amin...semoga Allah makbulkan doa ku ini...

Lepas buat ujian CT Scan, kene buat ujian Ultrasound pulak...macam dah org mengandung pulak......masa buat ujian ultrasound tu, doktor lain pulak...tapi ayat sama je keluar dari mulut dia dengan doktor-doktor sebelum ini .."besar ni cyst ni...awak tengok ni...ermm..besar ni sampai belakang" dia siap suruh aku tengok kat skrin...aku memang tak pandanglah...takut..baik lagi aku tak tengok...kan aku terbayang-bayang.....bayangkan tiga orang doktor yang aku jumpa cakap cyst dalam perut aku ni besar.....

Esoknya iaitu pada tarikh 30/9/2018  barulah result CT Scan keluar...doktor  beritahu saiznya adalah 9.8cm.....doktor minta nak cakap dengan mak aku, aku cakap mak aku esok baru sampai...aku pun pelik kenapalah pulak nak minta cakap dengan mak aku, aku fikir sebab aku bujang lagi kot...hehehe...doktor beritahu tarikh operate aku ialah 2/10/2018..bermakna tiga hari lagi la....dalam bilik air, aku tenung perut aku...perut aku ni kecik je kot....slim melim...hehehe...maaf keperasanan.....boleh plak benda membesar sampai camtu....

Pada tarikh 1/11/2018, sehari sebelum operation, biasalah doktor akan datang melawat, dia tanya lagi mak aku...aku pun beritahulah doktor " cakap jela kat saya sendiri..tak boleh ke doktor"...sebab masa tu mak aku tak sampai lagi...
"Berapa umur u?" doktor tanya aku..
Aku pun beritahulah dah 30 lebih..dia pun gelak.."owh sy ingat kamu baru 23, bolehlah saya bagitahu kamu je," hahaha, perasanlah aku kejap doktor cakap macam tu...

Jadi doktor  pun explainlah cara pembedahan dan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi....nak nangis depan doktor ok..hihi.. tadi perasankan..padan muka aku....biasalah setiap benda ada risiko....doktor kata dia akan  menggunakan kaedah pembedahan  laparoscopy kecuali kalau ada masalah, kene czer macam orang bersalin tula...tu salah satu hal yg buat aku nak nangis  tu..Laparoscopy ni  teknik tebukan la kat kulit..senang cakap dengan kaedah ni kurang sakit, kurang komplikasi dan kurang parut..ikut pemahaman  aku la..korang google la sendiri...hehehe...

Aku dibawa  masuk  ke bilik OT (operation theatre) atau dewan bedah pada pukul 2 petang. ..sebelum tu...doktor bius dah datang memperkenalkan diri...senyum-senyum manis...nak kurangkan nervous aku la tu...hahaha...first time masuk bilik OT, nampaklah lampu-lampu bulat  yang besar tu....aku kene baring kat katil pembedahan  dan aku pun renunglah surgery light tu...dalam hati berkata inilah lampu yang aku pernah tengok dalam tv..hari ni ada depan mata aku...hehe




Gambar tu aku google je...lebih kurang camtulah lampunya...aku baring la kat katil tu..masa tu perasaan aku tenang je..tapi  badan aku menggigil ok sebab sejuk sangat...masa tu, doktor bius nak masukkan ubat kot tangan...dia pun ambil la warming blanket letak atas badan aku,barulah aku rasa ok sikit..tak adalah menggigil-gigil....kemudian, dr bius suruh aku sedut gas...lepas sedut gas tu aku terus pengsan...hahaha...ini kira teknik sedutan gas bius melalui pernafasan...

Aku sedar bila dr bius menyebut nama aku beberapa kali..." bangun..bangun..dah siap operate"  , katanya lagi...bila aku sedar je, badan terus menggigil...sejuk weiii...nurse pun ambillah sejenis alat macam tube yang blow warm air (sukahati aku je letak nama) letak dalam selimut..masa tu baru aku rasa selesa...rasa angin panas...jadi takdelah menggigil kesejukan...tube tu cam gambar kat bawah ni....tapi bukan pam lam selimut...ni terus je nurse masukkan dalam selimut.....hehe...ni je gambar yang jumpa lam google.......




OK tu je cerita aku...sebenarnya panjang lagi...ada cerita lepas operate pulak...nntla aku tulis lagi...takut tak ada orang je yang nak baca..hahaha....





Saturday, 10 November 2018

JODOH TAK BOLEH DISURUH- SURUH

" Kenapa tak nak kawen dengan si Ahmad tu?"mak cik ni tanya aku...aku tidak ada  masalah dengan pertanyaan itu tapi nada dan mimik muka dia tu boleh dikatakan she just know nothing about my life...ya, Ahmad lelaki yang boleh dikatakan ada segala-galanya, kenapa aku tak nak...aku bukan bagus sangat pun...tapi aku ada jawapan yang tak semua orang boleh faham.

"Saya sebenarnya suka lelaki tua dan kaya..macam suami mak cik ni...Tak nak bagi suami mak cik kahwin dengan saya ke?", aku jawab macam tu,tapi  dalam hati...hahaha...bayangkan aku jawab macam tu  kat dia depan-depan orang-orangan ni seperti mana dia tanya aku di depan mereka....dahla aku  dok usha anak teruna dia...hahaha..matilanak kalau mak cik tu tahu.....

Apa aku jawab pada mak cik tu dan juga orang lain "jodoh tak boleh disuruh-suruh". Bagi aku itulah jawapan yang paling mudah kerana kita tidak perlu menjelaskan semua benda kepada orang lain. Ada ketika penjelasan lebih baik kita simpan sendiri je. 

Aku pernah terbaca pasal seseorang kat instagram..wanita itu berkata dia rasa nak lempang laju-laju je bila orang suruh dia rujuk semula dengan bekas suami sebab anak..dan mereka berdua masih lagi single walau pun dah berapa tahun bercerai...yesss, i feel her... orang luar yang tak tahu apa-apa yang berlaku dalam hidup dia, senang-senang nak suruh.....

"Awak ni single lagi ke? Tak kan tak ada orang nak", kakak ni pulak tanya aku.
"Gila tak ada orang nak sweet macam saya ni.... Ramai orang nak kat saya tapi saya tak nak kat orang sebab  saya suka zombie", lawak tak jawapan aku tu dalam hati..hahaha
Aishhh kalau dalam hati ni macam-macam jawapan dah keluar....
" Aaa..tak ada orang nak...memang rabun lelaki kat Malaysia ni...kene cari kat Korea kot.."jawab jela simple..take it easy okey...sebenarnya memang tak ada orang nak pun...hahaha..malu nak ngaku....

Sebenarnya aku tak kisah dengan pertanyaan orang ni, tapi some of them ada yang bunyi sinis...tapi arrghhh lupakan jela...take it easy, hidup terlalu singkat untuk memikirkan benda-benda yang remeh. Nak sakit hati sangat-sangat buang masa, bukan dapat apa-apa pun..dan aku sendiri pun pernah tanya pada seorang kawan lelaki aku ni...ya dah berumur 35 tahun, hensem, kaya dan pada pandangan aku sangat baik. Just curious okeyy....
" Kenapa you tak kahwin lagi?Ke you tunggu i ?"aku tanya weii dalam hati...hahaha. 
"Kenapa you tak kahwin lagi sedangkan you dah ada segala-galanya...rumah, harta ", itulah soalan sebenar aku....
" Soalan you ni macamlah soalan kenapa tak mati lagi", dia jawab...amik...padan muka aku ...lelaki pun sensitif tau soalan camtu..jangan tak tahu
"Okey sori ", aku minta maaf jela...nak jawab apa lagi....
Dan kawan aku tu dah nak kahwin tak lama lagi, tapi bukan dengan aku la...hahaha...dia cerita kat aku dia dah lama kenal bakal isteri dia tu, cuma ketukan hati tu baru rasa....ok you all faham tak...ketukan hati...you all yang kahwin awal tu bersyukurlah...pintu hati dari awal lagi dah  terasa ketukannya....acecece


Pintu hati aku ni, tak ada orang ketuk ke.....ada tapi aku tak mampu nak buka...kenapa...aku tak ada kunci (perasaan)....ia seolah-olah kau tidak kisah pun kau tidak menjumpai kunci itu...because you want someone else in your heart...you keep the key for someone you love...but someone you love doesn't love you....hahaha...sadiskan..tu yang keluar ayat...bukakan pintu hati mu untuk orang lain...
Sebab tu dalam hidup ni kene ada sifat TAWAKAL...Kalau cinta di tolak, tak perlu rasa sedih...tolak menolak pulakkan dalam cinta.  Kalau kita tak ada jodoh dengan seseorang, maybe we deserve someone better, or she/he deserve someone better than you......kita pun bukan bagus sangatkan, kene juga muhasabah diri....

Bagi aku just ubah diri jadi lebih baik je....apa orang nak cakap just left behind ok...dan jadikan pengajaran supaya kita tak buat benda yang sama kat orang lain sebab kita pun manusia yang boleh buat kesilapan yang sama.....semoga kita ni jadi orang yang hikmah dalam berkata-kata.....sebenarnya bila kita mengata hidup orang lain, you show your weakness...bila seseorang said something cam menyindir aku , im just  looked at her/him...dan aku cakap dalam hati ...your life also messy, but i didn't say anything.. and im just pretending  know nothing....because i  never  know  what will happen in my life in  future...maybe worse than you....so better im just care about myself......and pray the best for everybody.....

okey tak jawapan aku ..."jodoh tak boleh disuruh-suruh" (emoji jelir)....hahaha
Sekian, Assalamualaikum.....

P/S : Mesti ada kawan-kawan you all lelaki dan perempuan yang masing -masing masih single dan saling kenal..kenapa dorang tak kawen  je...sebab jodoh tak boleh disuruh-suruh okeyyyyy....

Friday, 9 November 2018

PATAH HATI.......

Aduhhhhh!!!!!sakitnya....rasa dah macam patah dua ni....asal sakit sangat ek....aduhhh, sakitnya patah hati ni! Uolls pernah rasa tak patah hati....mesti pernahkan? kan?....hahaha...macam seseorang ambil ranting..patahkan dua secara tiba-tiba...prakkkkk...aduiiii...sakit wei.....macam tulah secara teorinya.....




Orang lain sebaya i ni...anak dah tiga okey...i pulak masih lagi patah hati......nangis-nangis dalam doa....kalau nangis sebab dosa, rasa dah banyak pahala....tapi nangis sebab manusia....rugikan...rugikan...hahaha...yes, i told Allah about you....sebenarnya aku benci bila aku mengharap pada manusia...rasa nak bebel je kat hati sendiri...akal aku bebel kat hati aku....bayangkan....hahaha.....
"Kan dah banyak kali pesan..jangan dok feeling-feeling sangat...kan dah padan muka ", kata akal ku kepada hati ku .
Aku memang benci bila aku mengharap kepada manusia....love is stupid ...yesss....cinta itu bodoh...tapi adik-adik di luar sana...biar cinta yang bodoh tapi jangan diri kamu yang bodoh...jangan serahkan semuanya pada lelaki okeyyy...jaga maruah diri....kalau perlu buktikan cinta dengan menyerahkan harga diri, maka tak adalah kes buang bayi...biar patah hati berkali-kali, sebab boleh dirawat okeyy....tgk macam kakak sweeet ni..patah hati berkali-kali boleh lagi senyum tau...sebab nangis dalam bilik air..mana uolls nampak...hahaha..

Bagi aku, perkahwinan bukan sekadar cinta...perkahwinan adalah cinta datang bersama pakej tanggungjawab dan akhlak..kalau kamu gagal dalam bercinta, cuba lagi jadikan diri lebih baik supaya bila kahwin nanti, kamu dah jadi diri kamu yang bertambah baik...dah best version of you...

Ok,aku sedang  patah hati...ulang lagi...haha....tapi aku patah hati je kan...bukan patah tulang..jadi boleh move la kan...move on...hahaha

Sesuatu yang dah ditakdirkan untuk kita, memang akan kembali kepada kita..sesuatu yang bukan milik kita, akan tetap pergi walau pun dikejar-kejar...aku mengajar diri untuk bertawakal kepada Allah...tidak memikirkan apa-apa...just go with the flow, usaha yang mana patut dan berdoa...

Kisah ni buat aku nangis sampai bengkak mata okeyyy.....
Semoga  Allah menggantikan yang lebih baik untuk penulis...

Hidup ni semakin singkat, aku harap hati aku ni cepat-cepatlah sembuh..aku dah jahit dah ni...jahit sendiri je...siapa nak memikirkan masalah kita sebab orang lain pun ada masalah masing-masing...kadang kala kita kene belajar pujuk diri sendiri okeyy....bersyukur dengan banyak nikmat yang masih ada...

Wednesday, 7 November 2018

LIHAT KESENANGAN ORANG, LIHAT JUGA USAHANYA.....

" Kau hidup senang, duit ada je"
" Dia senanglah , duit banyak, boleh buat apa je"

Kadang-kadang aku tengok sikap manusia ni suka membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain dari segi material tetapi tidak mahu membandingkan dari cara menjalani  hidup....

Aku penah tanya orang  yang aku rasa berjaya...bangun pagi pukul berapa...ya..kebanyakan orang berjaya bangun pagi okeyy.....

Tuhan pun kata rezeki ada pada waktu pagi....aku memerhati org yang banyak merungut tu, bangun tidur pun dah tengah hari....banyak tido dan malas..merungut tapi tak nak ubah cara hidup...lihat kesenangan orang, tapi tak nak lihat usaha orang dah buat...

Kita memang tak boleh hidup sendiri, kadang-kadang kita memang memerlukan sokongan dan pertolongan daripada orang lain..tapi bagi aku diri sendiri yang kene tolong diri sendiri dulu..tiada orang sempurna dan setiap orang berbeza...latar belakang yang berbeza, kelebihan yang berbeza, komitmen yang berbeza, kesusahan dan cabaran yang berbeza..sebab itu dalam hidup kita bersaing dengan diri sendiri , bukan dengan orang lain...camne tu ek?ubahlah diri sendiri jadi lebih baik sebelumnya walau pun sekecil-kecil hal......contohnya kalau sebelum ini, malas nak jaga kebersihan, jadilah orang lebih menjaga kebersihan...kalau sebelum ni, tandas rumah tu tak pernah cuci...belajarlah sental seminggu sekali...kebersihan pun memudahkan rezeki masuk ok....tu contohlah....sebelum tidur cuba renung apa kekurangan diri yang boleh diubah....

Bagi aku , bila kita cuba mengubah diri ke arah benda baik walau pun sekecil-kecil benda, automatik aura positif akan datang..kita akan rasa hidup lebih bermakna....dan rezeki tu bukan duit semata2 ok....kesihatan dan ketenangan hidup itulah rezeki yang sering dilupakan....jadi kalau sihat, bersyukurlah kepada Tuhan... berapa ramai orang yang sakit ..ada yang tidak mampu berbuat apa-apa dan  ada juga memerlukan banyak kos untuk rawatan...

Satu lagi..kita nampak je orang tu macam senang, tapi bila tahu kisah hidup dia boleh menangis tau....sebab itulah kita bersaing dengan diri sendiri, bukan orang lain ok...jadi jangan senang-senang nak pandang hidup orang lain senang...sebab kita tak tahu pun apa yang dia sembunyikan dalam hidup....kita tak tahu apa yang telah dia hadapi  dalam hidup atau sedang hadapi dalam hidup atau apa yang akan dia hadapi dalam hidup....







Monday, 5 November 2018

I TOLD ALLAH ABOUT YOU.......

                                     





Kalau kita menyebut nama seseorang dalam doa, sudah tentulah itu orang yang kita sayang, orang yang kita peduli,orang yang penting dalam hidup kita atau kita nak tengok dia bahagia...betul tak? Tak kisahlah nama siapa yang disebut..ermm nama ahli keluarga, nama kekasih hati, nama crush atau nama sahabat ....

Mendoakan ibu ayah dan ahli keluarga  tu sudah semestinya....kalau family kita bahagia, kita pun bahagiakan....kalau family kita susah, kita pun rasa susah hatikan..jadi berdoalah pada Allah, jagakan mereka untukku....sebab kita x mampu nak jaga semua org....

Untuk kawan-kawan pun jangan lupa doakan mereka...kalau kamu ada kawan-kawan yang baik....itulah rezeki yang selalu kita tak sedar....mungkin ada kawan-kawan kita yang dalam kesusahan atau kesedihan...doakan semoga ALLAH memberikan kebahagiaan kepada mereka juga....

Selain ibu ayah, kawan-kawan...adalah juga aku menyebut nama  buah hati atau crush  dalam doa....aisehhhhh.....dan itulah nama yang sering bertukar-tukar dalam doa sehingga ke saat ini...ikut keadaan semasa...siapa yang singgah dalam diari hidup ni...chewahhhhh....

Sebenarnya aku terfikir....ada ke orang yg menyebut namaku dalam doanya..ada ke???...aisehhhhh....

P/S : Bila kita mendoakan orang, malaikat pun akan doakan  perkara yang sama untuk kita ......tapi kene ikhlas la ye....

Sebenarnya hari ni birthday aku....its my birthday ok...harap-harap ada yg mendoakan dalam diam....aisehhhh.......










Thursday, 1 November 2018

PERKAHWINAN BUKAN SEKADAR CINTA....

SINGLE LAGI??? Aleh buat muka terkejut....macamla kawen tu xde masalah ..hehe...single ke kawen ke.....setiap orang ada masalah masing-masing....okeh aku tak tahula layak atau tak layak  nak menulis pasal perkahwinan ni...sbb aku pun bujang trang tang2 lagi...tapi aku tulis berdasarkan pemerhatian aku je....

Bila ko dah berkahwin....bagi aku ia bukan lagi soal CINTA semata-mata....tapi soal tanggungjawab....COMMON SENSE sangatlah kene ada dalam hdp kita ni apatah lagi dalam soal rumah tangga....apa tu COMMON SENSE? Benda yang ko kene fikir sendiri berdasarkan situasi ...tak payah org nak bagitahu...weiiiii, dalam rumah tangga ni,kalau tak de COMMON SENSE kesian kat pasangan hang la....

Contoh berdasarkan pemerhatian aku......

KES 1

Bini pimpin anak kecik 2 org, bawa barang lagi, turun dari tingkat 3, weiii tolongla bawa turun barang tu...hang xde buat apa pun kan..

KES 2

Bini ko baru lps bersalin, weiiii tolongla apa yg patut.....tlgla basuh baju, bakarla ikan tuk bini hang tu...bkn susah pun.....jgn nak mengharapkan org tua semata2...weiii org tua ni kdg2 bukan sihat sngt pun...dah tua...x larat...biarlah dorang membantu tapi sebagai laki hang la kena main peranan utama ...biarlah hang la yg paling penat dr ahli keluarga lain yg tolong menjaga bini hang dalam pantang tu....

KES 3

Bab kewangan....oh duit....jgnlah biar isteri sorang je duk fikir...kalo dah tahu ada masalah kewangan...kurangkan merokok plesss...ada juga isteri yg berpendapatan lebih tggi dan kerja yang lebih sibuk berbanding suami, apala salahnya suami ringan tulang uruskan kerja2 rumah ...ini dahlah segala bil isteri yg tanggung, urusan rumah tangga pun lebih banyak isteri yg uruskan...cuci baju, basuh baju, masak, hal anak-anak, kemas rumah, ,weiii...abis hang laki buat apa...bangun tido tgk tv...kalo bleh bagi apa yg isteri nak xpe gak ...ni isteri plak tanggung sume......geram plak aku....fikirlah fikir..kalo x boleh membantu bab kewangan, bantulah dari segi lain ok.....

KES  4

Janganlah garang sangat dgn bini okehhh...kesian aku tgk isteri yg takut sngt dgn suami walau pun hal kecil2.....padahal dorang lagi bersabar dgn kerenah laki depa ni....


Tu antara benda yang aku nampaklah dalam hal rumah tangga..ada seorang hamba Allah ni penah bagitahu aku, kawen ni macam beri barang online, kalau dapat yang baik, baiklah...kira nasiblah...apa pula pendapat korang?

Aku berdoa pada Allah agar memberikan jodoh yang terbaik untuk aku...yg ada COMMON SENSE dan setia....pastu kaya dan pemurah plak tu..ahaks (doa je , mana tahu Allah makbulkan) . .amin...

Tuesday, 30 October 2018

CARA PALING SENANG NAK MOVE ON......

Usah terlalu mengharap pada manusia...nnt akan kecewa...aisehhhhhh...selalu kita dengarkan....

Hidup kita ni tak sama ...dugaan setiap orang berbeza-beza......

Tapi yang pasti...semua orang sukakan CINTA.......

Tapi sayang....kadang-kala CINTA yang membahagiakan , itu jugalah yang buat kita frust separuh mati...kan..kan...
Aku mendengar banyak kisah CINTA....ya mencintai tak bermaksud memiliki.....JODOH adalah rahsia TUHAN yang juga semua orang tahu.....
Tapi hari ni, aku nak bercakap pasal MOVE ON untuk yg kecewa di luar sana....
Kita kene move on bukan untuk sesiapa...tapi untuk diri sendiri ok...walaupun rasanya jasad dah longlai, jiwa dah mati...aisehhhhh tapi sampai bila nak meratap untuk org yang tak pedulikan kita pun...x berbaloikan...
Cam mana nak move on????
Jadikan diri lebih baik okeyyyy..... cam mana tu???
Simple je......contohnya...
Kalo sebelum ni korang bangun subuh kul 6.40...cuba bangun awal skit dr biasa...
Kalo sebelum ni, x pernah kemas katil bile bangun tido..mulakan kemas katil ok.....
Kalo korang selama ni malas cuci toilet, teringat je kat ex korang p cuci toilet....
Kalo korang selama ni malas nak kemas umah, teringat je kat ex korang p kms umah....
Kalo korang selama ni susah nak sedekah, teringat je ex...msk rm1/5/10 ke dalam tabung lupakan ex (hehe, sediakan tabung denda eyh kalo teringat ex)....pastu dah bnyk p la sedekah kat orang susah kat kg korang ke..bank in kat umah anak yatim ke, kat org sakit ke....
Kalo sebelum ni, malas nak masak....rajinkan skit malas..belajar..google kan ada...bagi mak makan,adik beradik makan, kawan2 makan.....

Pendek kata, buatlah apa saja...asalkan diri mu bertambah baik dari sebelumnya...walaupun sekecil-kecil benda...HATI?....ye, perlukan masa untuk melupakan...untuk menerima segala yg terjadi...tapi jangan biar emosi yg menguasai diri kamu okey...

Pesanan terakhir dari kakak suwittttt,
Sayangi diri kamu dulu, baru sayang orang lain...kerana mungkin ada satu masa dalam hidup kamu...hanya kamu yang boleh melindungi diri kamu.....dan bergantung haraplah hanya pada Allah.....

Make yourself better is the best revenge okehhh....

Kalau 5 kali patah hati, boleh jadi 5 kali ganda lebih baik dr sebelumnya apa....kihkih..not bad kan....kenapa ni cara paling senang nak move on...sebab x pakai duit pun okey..bukan macam drama, frust je boleh pegi London, Australia la....

# i mula amalkan baca surah Al-Waqiah lepas patah hati teruk beberapa tahun lps...terima kasih my EX..... 

HIDUP TAK SELALU SEPERTI YANG KITA INGINKAN

AKU......apa yang aku inginkan?....telah aku pelajari dalam hidup ini....tidak semua yang berlaku mengikut angan-anganku.....mengikut apa ya...