Saturday, 10 November 2018

JODOH TAK BOLEH DISURUH- SURUH

" Kenapa tak nak kawen dengan si Ahmad tu?"mak cik ni tanya aku...aku tidak ada  masalah dengan pertanyaan itu tapi nada dan mimik muka dia tu boleh dikatakan she just know nothing about my life...ya, Ahmad lelaki yang boleh dikatakan ada segala-galanya, kenapa aku tak nak...aku bukan bagus sangat pun...tapi aku ada jawapan yang tak semua orang boleh faham.

"Saya sebenarnya suka lelaki tua dan kaya..macam suami mak cik ni...Tak nak bagi suami mak cik kahwin dengan saya ke?", aku jawab macam tu,tapi  dalam hati...hahaha...bayangkan aku jawab macam tu  kat dia depan-depan orang-orangan ni seperti mana dia tanya aku di depan mereka....dahla aku  dok usha anak teruna dia...hahaha..matilanak kalau mak cik tu tahu.....

Apa aku jawab pada mak cik tu dan juga orang lain "jodoh tak boleh disuruh-suruh". Bagi aku itulah jawapan yang paling mudah kerana kita tidak perlu menjelaskan semua benda kepada orang lain. Ada ketika penjelasan lebih baik kita simpan sendiri je. 

Aku pernah terbaca pasal seseorang kat instagram..wanita itu berkata dia rasa nak lempang laju-laju je bila orang suruh dia rujuk semula dengan bekas suami sebab anak..dan mereka berdua masih lagi single walau pun dah berapa tahun bercerai...yesss, i feel her... orang luar yang tak tahu apa-apa yang berlaku dalam hidup dia, senang-senang nak suruh.....

"Awak ni single lagi ke? Tak kan tak ada orang nak", kakak ni pulak tanya aku.
"Gila tak ada orang nak sweet macam saya ni.... Ramai orang nak kat saya tapi saya tak nak kat orang sebab  saya suka zombie", lawak tak jawapan aku tu dalam hati..hahaha
Aishhh kalau dalam hati ni macam-macam jawapan dah keluar....
" Aaa..tak ada orang nak...memang rabun lelaki kat Malaysia ni...kene cari kat Korea kot.."jawab jela simple..take it easy okey...sebenarnya memang tak ada orang nak pun...hahaha..malu nak ngaku....

Sebenarnya aku tak kisah dengan pertanyaan orang ni, tapi some of them ada yang bunyi sinis...tapi arrghhh lupakan jela...take it easy, hidup terlalu singkat untuk memikirkan benda-benda yang remeh. Nak sakit hati sangat-sangat buang masa, bukan dapat apa-apa pun..dan aku sendiri pun pernah tanya pada seorang kawan lelaki aku ni...ya dah berumur 35 tahun, hensem, kaya dan pada pandangan aku sangat baik. Just curious okeyy....
" Kenapa you tak kahwin lagi?Ke you tunggu i ?"aku tanya weii dalam hati...hahaha. 
"Kenapa you tak kahwin lagi sedangkan you dah ada segala-galanya...rumah, harta ", itulah soalan sebenar aku....
" Soalan you ni macamlah soalan kenapa tak mati lagi", dia jawab...amik...padan muka aku ...lelaki pun sensitif tau soalan camtu..jangan tak tahu
"Okey sori ", aku minta maaf jela...nak jawab apa lagi....
Dan kawan aku tu dah nak kahwin tak lama lagi, tapi bukan dengan aku la...hahaha...dia cerita kat aku dia dah lama kenal bakal isteri dia tu, cuma ketukan hati tu baru rasa....ok you all faham tak...ketukan hati...you all yang kahwin awal tu bersyukurlah...pintu hati dari awal lagi dah  terasa ketukannya....acecece


Pintu hati aku ni, tak ada orang ketuk ke.....ada tapi aku tak mampu nak buka...kenapa...aku tak ada kunci (perasaan)....ia seolah-olah kau tidak kisah pun kau tidak menjumpai kunci itu...because you want someone else in your heart...you keep the key for someone you love...but someone you love doesn't love you....hahaha...sadiskan..tu yang keluar ayat...bukakan pintu hati mu untuk orang lain...
Sebab tu dalam hidup ni kene ada sifat TAWAKAL...Kalau cinta di tolak, tak perlu rasa sedih...tolak menolak pulakkan dalam cinta.  Kalau kita tak ada jodoh dengan seseorang, maybe we deserve someone better, or she/he deserve someone better than you......kita pun bukan bagus sangatkan, kene juga muhasabah diri....

Bagi aku just ubah diri jadi lebih baik je....apa orang nak cakap just left behind ok...dan jadikan pengajaran supaya kita tak buat benda yang sama kat orang lain sebab kita pun manusia yang boleh buat kesilapan yang sama.....semoga kita ni jadi orang yang hikmah dalam berkata-kata.....sebenarnya bila kita mengata hidup orang lain, you show your weakness...bila seseorang said something cam menyindir aku , im just  looked at her/him...dan aku cakap dalam hati ...your life also messy, but i didn't say anything.. and im just pretending  know nothing....because i  never  know  what will happen in my life in  future...maybe worse than you....so better im just care about myself......and pray the best for everybody.....

okey tak jawapan aku ..."jodoh tak boleh disuruh-suruh" (emoji jelir)....hahaha
Sekian, Assalamualaikum.....

P/S : Mesti ada kawan-kawan you all lelaki dan perempuan yang masing -masing masih single dan saling kenal..kenapa dorang tak kawen  je...sebab jodoh tak boleh disuruh-suruh okeyyyyy....

No comments:

Post a Comment

HIDUP TAK SELALU SEPERTI YANG KITA INGINKAN

AKU......apa yang aku inginkan?....telah aku pelajari dalam hidup ini....tidak semua yang berlaku mengikut angan-anganku.....mengikut apa ya...