CINTA?Topik hari ni pulak pasal CINTA..yang membahagiakan tetapi juga menyengsarakan....yang menyembuhkan tetapi juga melukakan.....yang dimiliki tetapi boleh juga kehilangan...aisehhhh
Dulu masa aku dalam umur, 25 atau 26 tahun, aku pun dah lupa...aku pernahlah argue pasal cinta dan perkahwinan dengan seorang pak cik hensem ni...memang hensem pun pak cik tu..hikhik....aku kata nak kahwin dengan seseorang mesti ada perasaan CINTA, camne nak hidup bersama kalau tak ada perasaan CINTA....pak cik hensem tu tak bersetuju dengan aku...dia bagilah hujahnya...salah satu yang aku ingat pak cik hensem tu bagitahu perangai sebenar hanya tahu lepas kahwin je iaitu bila dah duduk satu bumbung..dan CINTA boleh dipupuk....selepas berkahwin , perasaan CINTA boleh hilang dan juga boleh bertambah.....makin mekar mewangi atau layu menunggu gugur...aiseh...
Sekarang yesss, aku setuju dengan pendapat pak cik hensem tu.....ADA APA DENGAN CINTA?Just satu perasaan yang tidak ada guna kalau tidak hadir bersama akhlak dan tanggungjawab. Itu pendapat akulah...mungkin tak sama pendapat dengan korang....
Aku ni bukan muda lagi...tapi single lagi..hukhuk..nasib baik muka ala2 budak U..U-turn..hahaa..disebabkan aku bukan muda lagi, jadi aku berkesempatanlah memerhati kehidupan orang lain yang berumah tangga....sekadar yang aku nampak, memerhati ..dan sekadar yang aku dengar ....
Ada pasangan yang bahagia...aku tengok kat fb je..hahaha...upload gambar berpegangan tangan, kata-kata romantis, ucapan sweet to each other...nampak family yang betul-betul bahagia...tak ada masalah ke..tak mungkinkan....setiap orang mesti ada masalah...cume kalau dianugerahi JODOH yang baik, itu bagi aku salah satu nikmat yang terbesar yang tak semua orang miliki...sebab aku lihat disekeliling aku, ada yang diuji dengan pasangan yang alahaiiii..tak nak muhasabah diri, tak nak ubah diri jadi lebih baik...ya, tak ada orang sempurna dan 100% baik kat dunia ni..hanya Nabi je yang maksum, tapi tu tak bermakna u just do nothing....dah kawen hidup dah tak boleh cam bujang dlu...nak tido tak nak bangun2..malas nak berusaha utk kebahagian rumah tangga (malas masak, malas nak buat kerja sama-sama, malas nak tolong isteri)...tak boleh...sebab dah ada tanggungjawab ...bukan sekadar lafaz i love u je...
"Janganlah memilih sangat,"ada mak cik ni cakap kat aku beberapa hari lepas....aku sengih je..hahaha..."Bukan memilih tapi tak dipilih mak cik" jawab dalam hati weiii...hahaha
Sebenarnya hari ni..salah seorang kawan aku nikah...crush ke...haha..lebih kuranglah..malu pulak rasa ...mamat ni dia suka cuci toilet, suke pegi pasar, boleh masak simple-simple dan bagi aku dia seorg yg baik la....mamat ni dlm kategori berkerjaya la senang cite, tapi boleh je cuci toilet... Tp kita ni yg x bape bekerjaya ni, cuci toilet pun tak nak😅 ....heyy orang kaya pun berus toilet....aku bukan nak cakap pasal harta kekayaan, tapi pasal sikap..eh, tetiba😅...bagi aku dalam rumah tangga kene ada sikap saling membantu....ada yang aku tengok isteri uruskan semua benda.. hal kewangan hal anak-anak dan hal-hal dalam rumah ...suami banyak tidur dan tengok tv (kerja pun xdela rajin sngt)....apalah salahnya ringankan beban...tolong iron baju ke, jemur baju ke....tu je aku nak cakap...sebenarnya semua ni adalah COMMON SENSE..common sense ni kene sentiasa ada, bukan dalam rumah tangga je...kat mana-mana pun kita berada ok.....jadi gadis yang kawen dgn crush aku tu, untunglah...dahlah baik , suke cuci toilet pulak...hahaha..melepas aku...ok gurau je k...diulangi bergurau..just melihat perbezaan sikap manusia yg aku pernah jumpa...
Aku tak tahu aku pun akan dapat JODOH macam mana..minta Allah kurniakan jodoh yang baik...dan jadikan aku juga yg terbaik... Sebab aku sendiri pun banyak kekurangan..huhuhu... kita ni manusia senang nampak kesalahan org lain...tp x nampak kelemahan dr sendiri...tu yg aku takut jgk...takut perangai aku sndr lg teruk....
Sebenarnya sama ada single atau married, sume ada masalah....ujian hidup masing²...
Sebenarnya sama ada single atau married, sume ada masalah....ujian hidup masing²...
Cume itulah..pada pendapat aku...CINTA tak boleh berdiri dengan sendiri tanpa akhlak dan tanggungjawab.....perkahwinan ialah kebahagian yang memerlukan pengorbanan...
CIRI -CIRI LELAKI IDAMAN AKU (poyo tak)
1. Solat lima waktu
1. Solat lima waktu
2. Berpuasa di bulan Ramadhan
3. Mengeluarkan zakat
Eh, dah macam rukun islam plak..hehe
4. Tidak suka mengeluarkan kata-kata makian (stress dengar orang mencarut cam ba alif ba ya, bodoh, dan seangkatan dengannya)
5. Boleh bangun pagi ( sebab aku susah bangun pagi, boleh tlg kejut..hahaha)
6. Suke bersedekah
7.Pandai berenang (aku pun tak tahu kenapa padahal aku pun tak reti berenang...hahaha..aku rasa cool kot)
8. Humble
9. Hormat orang tua ( for surelah sebab mak ayah kita pun dah tua kan)
10. Berkata hikmah
11. Pemaaf
12. Ada COMMON SENSE
13. Wangi
14. Romantik
15. Berusaha
15. Berusaha
Ada suatu pagi ni, hari cuti...aku bangun je dari tidur...senang cite, celik je mata,terus teringat kat seseorang...rasa hidup kosong je..hukhuk...capai hp, buka fb, nampak gambar Ronaldo (CR7)...sebaya dengan aku mamat ni...lalu aku berdoa dalam hati..."Ya Allah berilah hidayah supaya Ronaldo masuk islam...okla, sikit info pasal Ronaldo...Ronaldo ni tak ada tatoo, tak minum alkohol dan tak merokok ok...Ronaldo tak buat tatoo sebab dia nak menderma darah...cool kan?hehehe..eh pasal Ronaldo pulak...ok smbg topik kita...
Siapa yang dapat jodoh yang baik, banyak2 bersyukur ye....tiada orang yang sempurna termasuklah diri kita sendiri.....kalau dah jumpa org yang sayang dan boleh menerima kita seadannya , banyak-banyaklah bersyukur.....sebab ada yang diuji dengan jodoh ok....bagi aku perkahwinan tidak semudah akad nikah....betul tak yang dah berkahwin tu?ce komen...hehe
Sebenarnya aku agak bosan..tu yang menulis bagai...rasa merapu je banyak...hahaha..layankan jela...akhir kata, kalau ia tidak menjadikan kamu lebih baik, ia bukan cinta ok....
No comments:
Post a Comment