SITUASI A
Sepasang suami isteri yang dah 8 tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak.Apabila dirujuk kepada doktor , kedua-dua pasangan tidak mempunyai apa-apa masalah kesuburan.
SITUASI B
Berkahwin pada usia 38 tahun dan kemudian dianugerahkan anak kembar.
SITUASI C
Mendapat anak yang sihat dan sempurna setelah 20 tahun berkahwin pada usia 42 tahun.
SITUASI D
Anak syurga.....diuji dengan kematian anak
Aku pernah terbaca dalam BH online pada tahun 2107 dimana keempat-empat anak meninggal kerana penyakit jantung.Tapi aku tak sertakan link kat sini. Korang boleh google sendiri.
Ada juga ibu atau bapa yang umur lebih panjang daripada anak...seperti anak meninggal ketika berumur 40, sedangkan ibubapa masih hidup sehingga umur 70.
SITUASI E
Anak ramai tapi ibu/bapa diabaikan atau dihantar ke rumah orang tua. Boleh baca dimana-mana blog.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bapa-dakwa-diabaikan-tujuh-anak-1.349073
https://www.hmetro.com.my/node/130699
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenangkan-lapan-anak-ayah-rela-dicabut-nyawa-1.539577
SITUASI F
Dikurniakan anak tapi mengadap Pencipta disaat anak-anak masih lagi kecil.
Sebenarnya,soal anak ni sangat sensitif...boleh buat perempuan menangis tau...kenapa aku membicarakan soal anak kali ni, sebab aku pernah dengar cakap-cakap yang tidak sedap didengar oleh orang yang mungkin lebih bernasib baik.....
"Itulah, dah berapa lama kahwin tapi tak dapat anak, umur dah makin meningkat"nada sinis ok..bila kita bercakap dengan seseorang nada sangatlah penting...kadang-kadang kita tidak bermaksud untuk melukakan hati sesiapa...tapi salah pada nada percakapan.
"Lambat kahwin , nanti susah dapat anak"
"Lambat kahwin, nanti nak dapat anak banyak masalah"
Aku pernah terdengar perbualan seorang kakak dengan maknya, tak nak balik kampung mertua sebab orang asyik tanya pasal anak je...bila dia dan pasangan pun berusaha untuk dapatkan anak, sudah tentulah soalan itu buat dia rasa down.
Ada juga kawan aku ni pernah bagitahu dia boleh menangis tengok anak kecil dalam kereta orang lain hanya kerana dia benar-benar teringinkan zuriat.
Dan ada kawan aku yang nak berkahwin, katanya teringin sangat ada anak, tapi jodoh belum sampai.
Prinsip aku, yang bercakap itu manusia sedangkan dia sendiri pun tidak berkuasa dalam hidupnya. Dia tidak tahu malah tidak berkuasa tentang masa depan hidupnya sendiri. Jadi,jangan bergantung pada kata-kata manusia, bergantung pada kuasa Tuhan...
Bagi yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak...jangan berputus asa..kisah dalam SITUASI C di atas adalah kisah benar yang berlaku pada kawan aku sendiri. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah...tidak ada yang mampu menghalang jika Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang. Bacalah juga kisah Nabi Zakaria yang mendapat anak pada usia yang sudah tua.
Begitu juga yang berkahwin lambat, tak usah risau...ramai pasangan yang diuji dengan ketiadaan zuriat walaupun berkahwin awal dan sudah berusaha dengan pelbagai cara...kerana anak ialah rezeki yang dikurniakan oleh Allah tetapi Allah anugerahkan pula pasangan yang sangat menyenangkan hati dan memahami...kita manusia hanya mampu berusaha...
Tapi ada yang berkahwin lambat tapi Allah mudahkan rezeki anak....Ada juga yang Allah kurniakan anak kemudian diuji dengan kematian anak...Ada yang anak ramai, tapi bila tua tiada pun yang mampu menjaga ibubapa yang sudah tua.....ada yang terlalu risau takut nanti bila tua tidak ada anak yang boleh jaga..boleh rujuk situasi E dan F ok...Tidak semestinya bila anak ramai, satu jaminan untuk menjaga ibu atau bapa bila dah tua...dan kita mungkin sudah meninggal dunia sebelum sempat tua.....
Setiap orang mempunyai ujian hidup masing-masing.Kita jadikan pengajaran supaya kata-kata kita menjadi hikmah buat orang lain. Apa jua kelebihan yang ada pada kita, adalah kepunyaan Allah.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang diberi, hanya dalam sekelip mata je boleh hilang.Jangan sombong dan sentiasalah bersyukur. Doakan juga kebahagian orang lain.
SERAHKAN MASA DEPAN MU PADA KUASA TUHAN BUKAN PADA KATA-KATA MANUSIA....BUATLAH KEBAIKAN DAN BIARLAH TUHAN YANG MEMBALAS...PERBAIKI DIRI SUPAYA KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK..MAAFKANLAH KERANA KITA JUGA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN...aisehhhh
KEPADA ALLAH JUA TEMPAT KITA BERGANTUNG HARAP.....
No comments:
Post a Comment