" Kau hidup senang, duit ada je"
" Dia senanglah , duit banyak, boleh buat apa je"
Kadang-kadang aku tengok sikap manusia ni suka membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain dari segi material tetapi tidak mahu membandingkan dari cara menjalani hidup....
Aku penah tanya orang yang aku rasa berjaya...bangun pagi pukul berapa...ya..kebanyakan orang berjaya bangun pagi okeyy.....
Tuhan pun kata rezeki ada pada waktu pagi....aku memerhati org yang banyak merungut tu, bangun tidur pun dah tengah hari....banyak tido dan malas..merungut tapi tak nak ubah cara hidup...lihat kesenangan orang, tapi tak nak lihat usaha orang dah buat...
Kita memang tak boleh hidup sendiri, kadang-kadang kita memang memerlukan sokongan dan pertolongan daripada orang lain..tapi bagi aku diri sendiri yang kene tolong diri sendiri dulu..tiada orang sempurna dan setiap orang berbeza...latar belakang yang berbeza, kelebihan yang berbeza, komitmen yang berbeza, kesusahan dan cabaran yang berbeza..sebab itu dalam hidup kita bersaing dengan diri sendiri , bukan dengan orang lain...camne tu ek?ubahlah diri sendiri jadi lebih baik sebelumnya walau pun sekecil-kecil hal......contohnya kalau sebelum ini, malas nak jaga kebersihan, jadilah orang lebih menjaga kebersihan...kalau sebelum ni, tandas rumah tu tak pernah cuci...belajarlah sental seminggu sekali...kebersihan pun memudahkan rezeki masuk ok....tu contohlah....sebelum tidur cuba renung apa kekurangan diri yang boleh diubah....
Bagi aku , bila kita cuba mengubah diri ke arah benda baik walau pun sekecil-kecil benda, automatik aura positif akan datang..kita akan rasa hidup lebih bermakna....dan rezeki tu bukan duit semata2 ok....kesihatan dan ketenangan hidup itulah rezeki yang sering dilupakan....jadi kalau sihat, bersyukurlah kepada Tuhan... berapa ramai orang yang sakit ..ada yang tidak mampu berbuat apa-apa dan ada juga memerlukan banyak kos untuk rawatan...
Satu lagi..kita nampak je orang tu macam senang, tapi bila tahu kisah hidup dia boleh menangis tau....sebab itulah kita bersaing dengan diri sendiri, bukan orang lain ok...jadi jangan senang-senang nak pandang hidup orang lain senang...sebab kita tak tahu pun apa yang dia sembunyikan dalam hidup....kita tak tahu apa yang telah dia hadapi dalam hidup atau sedang hadapi dalam hidup atau apa yang akan dia hadapi dalam hidup....

No comments:
Post a Comment